Saturday 24 September 2011

Homestay Di Melaka

gambaran depan rumah
Dapur yang cukup selesa dan luas
Ruang makan mempunyai fridge yg besar
Ini lah rumah Yang kat Melaka tu.  Dah lebih 4 tahun kami meninggalkan rumah ni.  Banyak kenangan yang kami tinggalkan di sini.  Semua anak-anak Yang dilahirkan di sini. Walaupun ibu ayahnya orang Perak, tapi anak2 mengaku mereka orang Melaka sebab di Melaka ni lah mereka dibesarkan.  Kawan-kawan kami ramai di Melaka.  Yang rasa Melaka sangat seronok untuk tinggal dan membesarkan anak-anak.  Kawasan rumah kami sangat strategik.  Dalam taman tu ade surau yang dibina hasil kutipan wang penduduk.  Surau kami dilengkapi penghawa dingin. Di taman perumahan tu juga ade perpustakaan mini, sekolah rendah dan menengah banyak di sekeliling dan dalam "walking distance" je.  Sekolah agama rakyat pun dekat.  Di sekolah agama rakyat tulah anak Yang yang sulung mendapat pendidikan agamanya.  Sampai sekarang mengaji cukup sedap didengar dengan sebutan yang betul makhraj nya.  Terima kasih lah Ustaz (sori tak ingat nama).

Bilik anak-anak lengkap dengan built in closet

 Rumah tu baru kami 'renovate', sebelum pindah ke Putrajaya ni.  Apa nak buat, Yang tak sanggup lihat anak-anak menderita tanpa ayahnya di sisi.  Suami Yang pindah dulu ke KL.  Hampir setahun dia di KL duduk sendirian.  Masa tu Tsunami melanda Indonesia, jadi hari-hari ada gambar kanak-kanak mati terapung di dalam air. Yang memburukkan keadaan pula apabila di dalam berita disiarkan rumah sepasang warga emas diceroboh oleh 2 orang warga Indon sehingga menyebabkan warga emas itu cedera diparang. Anak-anak Yang masa tu tiap-tiap malam telefon ayahnya menangis minta ayah pulang ke rumah takut jika tsunami melanda atau orang Indon masuk rumah cederakan ibu mereka.  Kesian pulak Yang.  Yang pulak masa tu mengandungkan anak kami yang ketiga.  Iyalah umur pun masa tu dah hampir 40 jadi kederat pun tak lah sekuat masa mengandungkan anak-anak yang pertama dan kedua.  Hari-hari sakit, gastriklah, migrain lah, mual lah, macam-macam lagi. Jadi setelah berbincang dengan suami, Yang sanggup berpindah ke KL Jadi tinggallah rumah yang baru diubah suai, kawan-kawan serta jiran-jiran yang sangat baik dan rapat, tempat kerja yang sangat selesa serta kemewahan dan keseronokkan tinggal di rumah sendiri.
Rumah ni Yang tak mahu disewakan kerana sekali-sekala kami balik ke Melaka dapatlah kami tinggal di rumah sendiri.  Jadi untuk mengelakkan rumah tu buruk tanpa penghuni, Yang jadikan rumah tu "homestay'.
Ruang tamu luas
Semenjak Yang buat rumah tu 'homestay' ramai pulak jiran-jiran yang mengikut langkah Yang.  Yang tak kisah, bukan niat Yang nak berbisness sangat, cuma asal rumah tu tidak suram dipandang orang.  Jadi sesiapa yang berminat nak tinggal di Melaka masa cuti-cuti datanglah ke Homestay Yang di Batu Berendam.
Rumah tu terletak dekat dengan Batu Berendam Airport, kalau nak ke Banda Hilir tu mudah je, keluar dari taman tu jalan lurus je, lebih kurang 13 minit dari rumah Yang. Melaka Central, Tesco, Jaya Jusco, Zoo, Taman Rama-rama etc semuanya dekat-dekat belaka. Kedai makan pun within walking distance. Kemudahan yang ada di rumah tersebut, peti sejuk, mesin basuh, seterika, pembakar roti, pinggan mangkuk, dapur dan tv.  Kalau ada apa-apa yang perlu, bolehlah request. 

Selimut dan blanket disediakan juga, kalau nak extra kena request,  Tuala juga jika diperlukan kena request, tapi ada sedikit bayaran bagi tuala dan extra blankets bagi menampung bayaran dobi.  Sewanya tak lah semahal hotel, cuma RM280 semalam.    Rumah ni boleh memuatkan 8 orang mengikut bilangan katil, tetapi ruang tamu dan bilik atas masih luas dan boleh menampung ramai lagi.  Jika ada yang berminat, bolehlah contact Yang.  Selalunya pada musim cuti sekolah, rumah ni penuh dengan tempahan.  Tapi Yang tak sewakan kepada rombongan sekolah atau kumpulan pelajar sebab risau akan keselamatan barang-barang dalam rumah tersebut.  Pernah belaku, rak baju hancur dipecahkan oleh pelajar-pelajar yang tinggal dua malam sehaja. Jadi, malas nak pening kepala dan sakit hati, Yang ambil keputusan, tak mahu menyewakan kepada rombongan sekolah.  Kalau keluarga Yang tak kisah, berapa kereta sekali pun, sebab biasanya anak-anak bila ada ibu-bapa, perangai mereka ni baik sikit.  Yelah, kena perhatikan sentiasa.
Jadi, kalau ada sesiapa yang ke Melaka dan perlukan tempat untuk tinggal, singgahlah ke rumah Yang di Batu Berenda,

Monday 11 July 2011

Egonya lelaki, hanya tuhan yang tahu

Minggu ni Yang kena gi "outstation" ke Sabah atas urusan rasmi. Setiap kali nak keluar daerah, jauh di sudut hati terasa berat nak meninggalkan suami dan anak-anak bersendirian di rumah. Terutama sekarang ni suami Yang kurang sihat.  Anak yang bongsu tu pulak tengah batuk.  Suami Yang mengidap kencing manis, malam tadi Yang bawa dia pergi ke klinik untuk mendapatkan nasihat dan rawatan kerana jari tengah kaki beliau dah merah dan bengkak sehingga kukunya dah longgar.
    Abang mengidap kencing manis sejak umur awal 30an lagi.  Kencing manis yang beliau hadapi adalah disebabkan keturunan. Setahu Yang dalam adik beradik sebelah mak dia (5 orang semua) semuanya ada kencing manis, cuma ada yang kena di awal usia, ada yang dah pencen baru kena.  Suami Yang ni kena awal 30an kerana tabiat pemakanan beliau masa sihat dulu.  Beliau suka minum minuman manis terutamanya air karbonat (air gas).  Sekarang ni dia tak makan ubat aje, dia kena suntik insulin sendiri.  Tapi gula dalam darahnya masih 'under control'.  Menurut doktor, dan dari bacaan Yang di internet dan brosur, pengambilan insulin adalah lebih selamat daripada makan ubat.  Sebab insulin terus masuk dalam darah dan tidak akan meninggalkan kesan kepada buah pinggang.  Tetapi ubat, lama kelamaaan akan merosakkan buah pinggang.
    Insulin ni mahal rupanya, lebih kurang RM50 sebotol. Itu pun hanya untuk 3 suntikan.  Seorang pesakit kencing manis mungkin memerlukan 2 botol insulin setiap minggu, jadi perbelanjaan yang diperlukan untuk sebulan untuk membeli insulin ialah RM400.  Nasib baik lah kami ni bekerja dengan kerajaan.  Alhamdulillah, banyak faedah yang kami perolehi.
   Di klinik semalam, doktor cabut kuku kaki beliau dan tampalkan plaster.  Pagi tadi sebelum pergi kerja, beliau mandi dengan kaki yang berbalut tu.  La, habislah basah.  Sepatutnya dia kena biarkan kering sampai petang, sebab petang nanti baru boleh buka balutan tu.  Jadi, pagi tadi Yang terpaksalah buka balutan tu dan balut dengan plaster aje.  Kalau tak macamana nak pergi kerja, takkan nak pakai selipar kot.
    Suami Yang ni tak banyak cakap orangnya, 'so opposite me'.  Kalau dia sakit, dia tak beritahu sesiapa.  Kalau di rumah dia akan tidur je.  Kata mak dan kakak dia, masa dia kecil dulu, kalau dia ada bisul, atau kudis dia akan tutup kudis atau bisul tu tak bagi sesiapa tengok.  Dah tua-tua ni pun dia tak bagi sesiapa tahu dia ada kencing manis.  Yang dapat tahu pun masa kami di Kuala Kangsar dulu, di mana beliau kena buat ujian kesihatan, tiba-tiba ujian kesihatan tu sangkut.  Beliau kena panggil masuk ke dalam dan diberitahu, gula dalam air kencing dia tinggi.  Jadi dia dikehendaki membuat ujian darah pula.  Masa tu baru dia tahu dia ada kencing manis.  Tapi sebelum pada tu Yang dah syak suami Yang ada kencing manis sebab bila dia ke tandas, penuh semut di sekeliling mangkuk tandas. Masa tu dia suka minum air yang bergas.  Kalu ke kedai bukan beli botol kecil, beli botol yang besar tu.  Dah tu pulak bukan beli sebotol dua, tapi tujuh lapan botol.  Dalam masa 3 hari habis semua dia minum.  Yang tak berapa suka air gas jadi abang la minum seorang, masa tu kami belum ada anak  lagi.
    Lelaki ni nak dengar nasihat susah sikit, terutamanya dari isteri.  Ego mereka ni pun tinggi. Dulu Yang tak pernah tahu bila dia punya temujanji dengan doktor.  Pernah Yang tanya sekali tentang tarikh temujanji dan bacaan gula beliau, tapi tak pernah dapat jawapan yang tepat.  Selalunya, "dah lepas", "lambat lagi", "Ok" "gula control".  Masa tu rasa macam nak pergi jumpa doktor tu dan minta doktor suruh suami Yang bawa Yang setiap kali dia ada temujanji.  Yang nak tahu berapa bacaan gula dia, teruk ke, apa yang Yang boleh buat bagi membantu, apa pemakanan dan waktu makan yang sesuai dan macam-macam lagi lah.
    Dua tahun sudah 2 hari sebelum balik raya di Ipoh, suami Yang mengadu sakit mata.  Dia kata dia rasa dalam mata dia macam ada pasir. Jadi petang tu kami ke farmasi dan beli beberapa ubat pencuci mata.  Tapi hari esoknya, mata dia semakin teruk, macam ada merah di kawasan mata putih.  Yang ajak dia ke klinik mata dulu untuk buat rawatan, tapi dia menolak. Dia berkeras tak nak pergi dan nak balik Ipoh juga pagi tu.  Sampai di Ipoh, dia tanya mak Yang tentang klinik yang mak Yang buat rawatan mata tu di mana.  Mak Yang baru buat rawatan tukar kanta di klinik swasta masa tu.  Mata beliau ada katarak dan kanta dah kelabu, jadi bila tukar kanta, penglihatan beliau terang macam orang muda le.  Pagi esoknya dia ajak Yang pergi klinik tersebut.  Sampai di sana, doktor bagi tahu ada 2 pembuluh darah di dalam mata dia dah pecah.  Jadi darah dah mula mengalir ke dalam mata.  Suami Yang dinasihatkan buat 'laser treatment' bagi mengelakkan lebih banyak pembuluh pecah dan tutup kebocoran pada pembuluh yang dah pecah tu.  Nak tak nak terpaksa le buat kejap tu juga.  Hari tu bayaran yang dikenakan lebih kurang RM500 dan beliau diminta datang 3 bulan lagi.  Selepas 3 bulan , suami Yang kena RM400 lagi.  Dalam pada tu, Yang nasihatkan dia untuk beritahu doktor di klinik kerajaan tentang keadaan mata dia, tapi dia tidak mahu.  Tetapi apabila dah hampir RM3000 habis, akhirnya dia berubah fikiran.  Doktor kemudian membuat surat rujukan untuk suami Yang ke Hospital Serdang.  Hingga sekarang ni dah hampir sepuluh kali pergi, satu sen pun tak keluar untuk bayaran rawatan tersebut.  Alhamdulillah, kenapalah dari hari tu tak nak dengar cakap Yang ni.
    Walaubagaimanapun, suami Yang ni tak lah seteruk ayah dia, satu benda pun tak boleh buat untuk membantu isteri di rumah.  Kadang-kadang bila Yang balik ke rumah mak mertua, kesian rasa di hati lihat keadaan mak mertua.  Yang tak nak lah jadi macam tu, terlalu taat sehingga sanggup menjadi lilin membakar diri agar suami dan anak-anak senang.  Perempuan ni sekali-sekala kena melawan sedikit, kita kena tahu hak kita sebagai isteri.  Tapi lepas tu minta maaf lah balik, walaupun kita tahu kita ni betul sebab kan Yang kata tadi lelaki ni egonya tinggi.

Sunday 10 July 2011

Salam Perkenalan

Assalamua'laikum,
Yang sebenarnya dah lama berniat nak buka laman blog, tapi masa dan daya tak ade. Yang ni suka bercerita, terutamanya cerita-cerita yang memberi pengajaran. Semua cerita-cerita Yang ni adalah dari pengalaman Yang sendiri.  Sebenarnya pun Yang bukak laman blog ni nak praktis menulis dalam Bahasa Melayu.  SPM dulu Yang dapat 3 dalm BM, tapi sekarang ni bila nak mengarang, semua kelam kabut.  Bukan le nak kata Yang ni pandai menulis dalam bahasa lain pun, cuma Bahasa Melayu ni kan banyak sangat peraturannya, dan peraturan tu sentiasa berubah.
Dalam laman blog Yang ni Yang nak berkongsi cerita pasal kerjaya: bagaimana nak menangani masalah di pejabat, bersama kengkawan, orang bawahan dan orang atasan, pasal keluarga: masalah dengan anak2 dan suami, dengan adik-beradik, mertua dan ipar duai dan segalanya.  Yang rasa dah tiba masanya Yang berkongsi cerita dan pengalaman Yang dengan orang lain manalah tahu pengalaman Yang boleh diguna pakai oleh orang lain dan mungkin orang lain boleh membantu Yang pula dengan pengalaman mereka.
Bagi yang sudi memberi komen dan pandangan  Yang menerima dengan tangan terbuka. Prinsip Yang mudah je, kalau nak berjaya dan bahagia dalam hidup, mesti sanggup terima pandangan orang dan berubah walaupun ia dan sukar untuk dilakukan.

Akhir kata salam pengenalan dari Yang.