gambaran depan rumah |
Dapur yang cukup selesa dan luas |
Ruang makan mempunyai fridge yg besar |
Bilik anak-anak lengkap dengan built in closet |
Rumah tu baru kami 'renovate', sebelum pindah ke Putrajaya ni. Apa nak buat, Yang tak sanggup lihat anak-anak menderita tanpa ayahnya di sisi. Suami Yang pindah dulu ke KL. Hampir setahun dia di KL duduk sendirian. Masa tu Tsunami melanda Indonesia, jadi hari-hari ada gambar kanak-kanak mati terapung di dalam air. Yang memburukkan keadaan pula apabila di dalam berita disiarkan rumah sepasang warga emas diceroboh oleh 2 orang warga Indon sehingga menyebabkan warga emas itu cedera diparang. Anak-anak Yang masa tu tiap-tiap malam telefon ayahnya menangis minta ayah pulang ke rumah takut jika tsunami melanda atau orang Indon masuk rumah cederakan ibu mereka. Kesian pulak Yang. Yang pulak masa tu mengandungkan anak kami yang ketiga. Iyalah umur pun masa tu dah hampir 40 jadi kederat pun tak lah sekuat masa mengandungkan anak-anak yang pertama dan kedua. Hari-hari sakit, gastriklah, migrain lah, mual lah, macam-macam lagi. Jadi setelah berbincang dengan suami, Yang sanggup berpindah ke KL Jadi tinggallah rumah yang baru diubah suai, kawan-kawan serta jiran-jiran yang sangat baik dan rapat, tempat kerja yang sangat selesa serta kemewahan dan keseronokkan tinggal di rumah sendiri.
Rumah ni Yang tak mahu disewakan kerana sekali-sekala kami balik ke Melaka dapatlah kami tinggal di rumah sendiri. Jadi untuk mengelakkan rumah tu buruk tanpa penghuni, Yang jadikan rumah tu "homestay'.
Ruang tamu luas |
Rumah tu terletak dekat dengan Batu Berendam Airport, kalau nak ke Banda Hilir tu mudah je, keluar dari taman tu jalan lurus je, lebih kurang 13 minit dari rumah Yang. Melaka Central, Tesco, Jaya Jusco, Zoo, Taman Rama-rama etc semuanya dekat-dekat belaka. Kedai makan pun within walking distance. Kemudahan yang ada di rumah tersebut, peti sejuk, mesin basuh, seterika, pembakar roti, pinggan mangkuk, dapur dan tv. Kalau ada apa-apa yang perlu, bolehlah request.
Selimut dan blanket disediakan juga, kalau nak extra kena request, Tuala juga jika diperlukan kena request, tapi ada sedikit bayaran bagi tuala dan extra blankets bagi menampung bayaran dobi. Sewanya tak lah semahal hotel, cuma RM280 semalam. Rumah ni boleh memuatkan 8 orang mengikut bilangan katil, tetapi ruang tamu dan bilik atas masih luas dan boleh menampung ramai lagi. Jika ada yang berminat, bolehlah contact Yang. Selalunya pada musim cuti sekolah, rumah ni penuh dengan tempahan. Tapi Yang tak sewakan kepada rombongan sekolah atau kumpulan pelajar sebab risau akan keselamatan barang-barang dalam rumah tersebut. Pernah belaku, rak baju hancur dipecahkan oleh pelajar-pelajar yang tinggal dua malam sehaja. Jadi, malas nak pening kepala dan sakit hati, Yang ambil keputusan, tak mahu menyewakan kepada rombongan sekolah. Kalau keluarga Yang tak kisah, berapa kereta sekali pun, sebab biasanya anak-anak bila ada ibu-bapa, perangai mereka ni baik sikit. Yelah, kena perhatikan sentiasa.
Jadi, kalau ada sesiapa yang ke Melaka dan perlukan tempat untuk tinggal, singgahlah ke rumah Yang di Batu Berenda,