Saturday 24 September 2011

Homestay Di Melaka

gambaran depan rumah
Dapur yang cukup selesa dan luas
Ruang makan mempunyai fridge yg besar
Ini lah rumah Yang kat Melaka tu.  Dah lebih 4 tahun kami meninggalkan rumah ni.  Banyak kenangan yang kami tinggalkan di sini.  Semua anak-anak Yang dilahirkan di sini. Walaupun ibu ayahnya orang Perak, tapi anak2 mengaku mereka orang Melaka sebab di Melaka ni lah mereka dibesarkan.  Kawan-kawan kami ramai di Melaka.  Yang rasa Melaka sangat seronok untuk tinggal dan membesarkan anak-anak.  Kawasan rumah kami sangat strategik.  Dalam taman tu ade surau yang dibina hasil kutipan wang penduduk.  Surau kami dilengkapi penghawa dingin. Di taman perumahan tu juga ade perpustakaan mini, sekolah rendah dan menengah banyak di sekeliling dan dalam "walking distance" je.  Sekolah agama rakyat pun dekat.  Di sekolah agama rakyat tulah anak Yang yang sulung mendapat pendidikan agamanya.  Sampai sekarang mengaji cukup sedap didengar dengan sebutan yang betul makhraj nya.  Terima kasih lah Ustaz (sori tak ingat nama).

Bilik anak-anak lengkap dengan built in closet

 Rumah tu baru kami 'renovate', sebelum pindah ke Putrajaya ni.  Apa nak buat, Yang tak sanggup lihat anak-anak menderita tanpa ayahnya di sisi.  Suami Yang pindah dulu ke KL.  Hampir setahun dia di KL duduk sendirian.  Masa tu Tsunami melanda Indonesia, jadi hari-hari ada gambar kanak-kanak mati terapung di dalam air. Yang memburukkan keadaan pula apabila di dalam berita disiarkan rumah sepasang warga emas diceroboh oleh 2 orang warga Indon sehingga menyebabkan warga emas itu cedera diparang. Anak-anak Yang masa tu tiap-tiap malam telefon ayahnya menangis minta ayah pulang ke rumah takut jika tsunami melanda atau orang Indon masuk rumah cederakan ibu mereka.  Kesian pulak Yang.  Yang pulak masa tu mengandungkan anak kami yang ketiga.  Iyalah umur pun masa tu dah hampir 40 jadi kederat pun tak lah sekuat masa mengandungkan anak-anak yang pertama dan kedua.  Hari-hari sakit, gastriklah, migrain lah, mual lah, macam-macam lagi. Jadi setelah berbincang dengan suami, Yang sanggup berpindah ke KL Jadi tinggallah rumah yang baru diubah suai, kawan-kawan serta jiran-jiran yang sangat baik dan rapat, tempat kerja yang sangat selesa serta kemewahan dan keseronokkan tinggal di rumah sendiri.
Rumah ni Yang tak mahu disewakan kerana sekali-sekala kami balik ke Melaka dapatlah kami tinggal di rumah sendiri.  Jadi untuk mengelakkan rumah tu buruk tanpa penghuni, Yang jadikan rumah tu "homestay'.
Ruang tamu luas
Semenjak Yang buat rumah tu 'homestay' ramai pulak jiran-jiran yang mengikut langkah Yang.  Yang tak kisah, bukan niat Yang nak berbisness sangat, cuma asal rumah tu tidak suram dipandang orang.  Jadi sesiapa yang berminat nak tinggal di Melaka masa cuti-cuti datanglah ke Homestay Yang di Batu Berendam.
Rumah tu terletak dekat dengan Batu Berendam Airport, kalau nak ke Banda Hilir tu mudah je, keluar dari taman tu jalan lurus je, lebih kurang 13 minit dari rumah Yang. Melaka Central, Tesco, Jaya Jusco, Zoo, Taman Rama-rama etc semuanya dekat-dekat belaka. Kedai makan pun within walking distance. Kemudahan yang ada di rumah tersebut, peti sejuk, mesin basuh, seterika, pembakar roti, pinggan mangkuk, dapur dan tv.  Kalau ada apa-apa yang perlu, bolehlah request. 

Selimut dan blanket disediakan juga, kalau nak extra kena request,  Tuala juga jika diperlukan kena request, tapi ada sedikit bayaran bagi tuala dan extra blankets bagi menampung bayaran dobi.  Sewanya tak lah semahal hotel, cuma RM280 semalam.    Rumah ni boleh memuatkan 8 orang mengikut bilangan katil, tetapi ruang tamu dan bilik atas masih luas dan boleh menampung ramai lagi.  Jika ada yang berminat, bolehlah contact Yang.  Selalunya pada musim cuti sekolah, rumah ni penuh dengan tempahan.  Tapi Yang tak sewakan kepada rombongan sekolah atau kumpulan pelajar sebab risau akan keselamatan barang-barang dalam rumah tersebut.  Pernah belaku, rak baju hancur dipecahkan oleh pelajar-pelajar yang tinggal dua malam sehaja. Jadi, malas nak pening kepala dan sakit hati, Yang ambil keputusan, tak mahu menyewakan kepada rombongan sekolah.  Kalau keluarga Yang tak kisah, berapa kereta sekali pun, sebab biasanya anak-anak bila ada ibu-bapa, perangai mereka ni baik sikit.  Yelah, kena perhatikan sentiasa.
Jadi, kalau ada sesiapa yang ke Melaka dan perlukan tempat untuk tinggal, singgahlah ke rumah Yang di Batu Berenda,

No comments:

Post a Comment