Saturday 17 March 2012

Nak komen orang kenalah tengok diri kita dulu

Yang dan suami ambil seorang anak angkat yang sebaya dengan anak Kak Yang nombor dua tu. Tapi dia ni lelaki. Sebenarnya dia ni anak adik suami Yang. Ibunya meninggal dunia 6 tahun lepas. Adik ipar Yang ni dah tak mampu nak uruskan anak-anaknya yang ada tiga orang. Semuanya ditinggalkan dirumah mak Mertua Yang. Jadi atas rasa tanggungjawab dan belas kasihan, kami minta Adam tinggal dengan kami. Banyak yang kami terpaksa korbankan demi Adam. Tapi alhamdulillah ia banyak mengajar kami akan kesabaran.
Satu sifat Adam ni dia suka memperlekehkan orang lain. Terutamanya kalau pasal main bola. Kalau dengar komen dia tentang cara orang lain bermain macam dia aje yang pandai main, orang lain semua tak pandai. Itulah yang Yang dengar masa adik ipar Yang cakap dengan Yang. Katanya Adam beritahu dia budak-budak kat sini (masa Adam mula datang tinggal dengan kami) tak pandai main bola, senang je dia nak masuk gol. Kami semua sangka memang betullah dia pandai main sehinggalah Amir, anak Yang yang sulung, bawa dia main kat padang dekat rumah kami. Balik dari padang Yang dengar Amir marah-marah. Kemudian Yang dengar Adam cuba membela diri. Esoknya Yang tanya Liyana pasal semalam. Katanya,'Adam tu, masa main kat padang semalam mulut dia bising mengutuk Dinash, cakap tak pandai main le, kaki kayu le. Tapi bila bola sampai kat dia, sepak pun tak betul. Baru dua tiga sepak dah balik sebab sakit kaki. Katanya tersepak bonggol tanah." Oh patutle dia balik naik basikal seorang diri tak lama selepas itu.
Yang pernah suruh dia cuba masuk team bola sekolah. Masa dia pergi pemilihan, dia langsung tak terpilih. Yang tanya kenapa, jawabnya,"macamana nak main, tangan sakit kena bola masa nak tangkap bola tu. Jadi cikgu suruh duduk tepi". Yang dan Amir bantai le dia cukup-cukup, "Tu le, lain kali jangan cakap besar, jangan kutuk orang. Kalau awak tu dah teror sampai wakil sekolah takpe lah jugak. Ini baru main sikit dah cedera. Tangkap bola tak pandai, sepak bola pun tak pandai, dah nak mengutuk orang lain. Biar aksi tu besar, jangan mulut yang besar".
Puas kami mengutuk dia pulak. Sambil tu Yang cuba menasihatinya agar jaga mulut. Biar merendah diri dan belajar dari bawah.
Hah ari ni pulak, balik dari padang, Amir bagitau Yang Adam jatuh dan bahu sampai tangan dia sakit. Bila Yang periksa, Yang lihat, siku dia bengkak dan lengan tak boleh dibengkokkan. Nampaknya kena bawak gi hospital lah ni. Tak taulah patah ke atau terseliuh aje.
Alhamdulillah tangan Adam hanya terseliuh. Tapi nampaknya kena guna anduh buat sementara waktu. Harap-harap ini jadi satu pengajaran buat Adam.

Lucunya jika guru tak peka

Tiba di rumah, anak-anak Yang sibuk bercerita tentang apa yang belaku di sekolah tadi. Rupanya satu Bangi dan Putrajaya bergelap malam tadi hingga ke pagi akibat pencawang di Bangi meletup malam tadi. Menurut si abang mereka semua tidak dapat belajar dengan selesa disebabkan ketiadaan elektrik. Liyana dan Adam terpaksa belajar di luar kelas hingga waktu rehat.
Amir menceritakan bagaimana dia dipanggil guru Sidang Redaksinya untuk mengadakan perbincangan dan memanfaatkan ketiadaan elektrik tersebut di bilik SR mereka. Yang lucunya apabila mereka telah 1 jam setengah berbincang di bilik yang malap cahayanya, dari jam 8:00 -9:30 pagi, tiba-tiba masuk seorang guru bertanya kepada guru SR mereka kenapa tak buka lampu. Terkejut semua orang di situ terutama guru SR sendiri apabila mengetahui elektrik dah ade sejak awal lagi. Setelah dimaklumkan barulah semua terperasan akan bunyi bising yang datang dari bengkel KH di sebelah; bunyi bising berpunca dari gergaji elektrik. Murid-murid dibengkel sebelah sejak awal tadi telah menggunakan gergaji elektrik. Tergelak kami semua mendengarkan cerita Amir. Apatah lagi apabila mengetahui yang Liyana dan Adam yang terpaksa belajar di kantin kerana ketidakpekaan guru masing-masing (atau kesungguhan untuk mendidik anak-anak murid sehingga lupa untuk bertanya). Lucunya jika kita kurang peka dengan keadaan sekeliling.