Saturday 17 March 2012

Lucunya jika guru tak peka

Tiba di rumah, anak-anak Yang sibuk bercerita tentang apa yang belaku di sekolah tadi. Rupanya satu Bangi dan Putrajaya bergelap malam tadi hingga ke pagi akibat pencawang di Bangi meletup malam tadi. Menurut si abang mereka semua tidak dapat belajar dengan selesa disebabkan ketiadaan elektrik. Liyana dan Adam terpaksa belajar di luar kelas hingga waktu rehat.
Amir menceritakan bagaimana dia dipanggil guru Sidang Redaksinya untuk mengadakan perbincangan dan memanfaatkan ketiadaan elektrik tersebut di bilik SR mereka. Yang lucunya apabila mereka telah 1 jam setengah berbincang di bilik yang malap cahayanya, dari jam 8:00 -9:30 pagi, tiba-tiba masuk seorang guru bertanya kepada guru SR mereka kenapa tak buka lampu. Terkejut semua orang di situ terutama guru SR sendiri apabila mengetahui elektrik dah ade sejak awal lagi. Setelah dimaklumkan barulah semua terperasan akan bunyi bising yang datang dari bengkel KH di sebelah; bunyi bising berpunca dari gergaji elektrik. Murid-murid dibengkel sebelah sejak awal tadi telah menggunakan gergaji elektrik. Tergelak kami semua mendengarkan cerita Amir. Apatah lagi apabila mengetahui yang Liyana dan Adam yang terpaksa belajar di kantin kerana ketidakpekaan guru masing-masing (atau kesungguhan untuk mendidik anak-anak murid sehingga lupa untuk bertanya). Lucunya jika kita kurang peka dengan keadaan sekeliling.

No comments:

Post a Comment